IVF shipping services

CryoSend Ltd. merupakan pakar dalam mengangkut embrio beku, telur, sperma dan sel biologi lain secara selamat dan pantas. Kami menawarkan perkhidmatan peribadi khusus Khidmat Penghantaran Dengan Tangan (juga dikenali sebagai Onboard Courier Service) di mana kami secara peribadi mengangkut sampel IVF anda melalui penghantaran dengan tangan dari klinik ke klinik.

Mengangkut embrio beku, telur, sperma anda merupakan kepakaran kami. Kami menggunakan bekas yang akan membekukan sampel anda sehingga tempoh 2 minggu, memberikan kami waktu yang mencukupi sebagai langkah keselamatan. Selain itu, kami akan membawa bekas tersebut bersama kami ke dalam kabin kapal terbang dan bekerjasama dengan kakitangan keselamatan syarikat penerbangan dan lapangan terbang untuk mendapatkan pengecualian X-ray bagi barangan tersebut. Kami mengiringi penghantaran tersebut 24 jam – dari permulaan hingga akhir perjalanan. 

Kami telah mengangkut bahan bio IVF selama lebih daripada 10 tahun. Perkhidmatan kami adalah di seluruh dunia. Kami boleh memungut dan membuat penghantaran dari hampir mana-mana negara. Kami sedia untuk membincangkan tentang keperluan penghantaran antarabangsa IVF anda. Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga kos.

http://cryosend.com/

 

Leave a Comment: